Assalamualaikum readers.
Hari ni aku nak share satu resipi pemanis mulut or orang putih cakap "dessert" yang cukup ringkas tapi sedap. Bak kata orang, pejam mata pun boleh siap la puding ni hihihi *okay tu aku gurau*
So, ni la close puding kastard buah buahan tu. Okay without wasting our time, meh aku start bagi resipinya hihi.
Bahan bahan yang diperlukan :
- 10gm agar agar serbuk
- 150gm gula ( boleh kurangkan, kalau tak suka manis, iolss guna 120gm ja)
- 650ml @ 3 cawan air
- 250ml susu cair
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Secubit garam
- 1 tin fruit koktail (asingkan buah dan air)
AND
- 1/2 cawan @ 2 1/2 sudu besar tepung kastard ( yang dikacau dengan sedikit air untuk larutkan tepung kastard)
**aku syorkan tepung kastard brand nona. Warna kuning dia lebih menyerlah bak matahari disiang hari hahaha
Aku prefer hampa beli cap/brand ni sebab berat dia memang 10gm cukup2. Pastikan beli yang warna CLEAR
1 sudu kecil esen vanilla
1 tin bersamaan 250ml susu cair . Apa apa brand pun takpa janji halal okay hihi
Tepung kastard yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sampai larut walaupun sebelum nak masuk ke dalam periuk, kacau jugak okay.
Cara menyediakan :
1. Satukan agar agar, gula dan air ke dalam periuk (jangan buka api lagi time ni). Dah satukan, baru bukak api, api perlahan /medium ja okay. Masak sampai agar agar, gula dan air ini larut bersama.
2. Then, masukkan susu cair, esen vanilla dan secubit garam. Kacau sampai mendidih. (Untuk memastikan susu masak secukupnya).
3. Next, masukkan tepung kastard yang sudah dilarutkan dengan sedikit air kedalam periuk dan kacau berterusan untuk mengelakkan kastard berketul ketul. Tutup api, apabila ia sudah mendidih.
4. Tuangkan adunan ke dalam bekas. Disyorkan guna penapis semasa menuang adunan ke dalam bekas.
5. Taburkan buah koktail ke atas puding dan tekan tekan sedikit menggunakan sudu agar buah tu terbenam ke dalam puding. Letak dalam peti sejuk untuk sejukkan, dan sedia untuk dihidang.
.
.
Mudah kan? Uolls boleh gantikan buah buahan koktail tu dengan buah buahan yang segar macam strawberi, epal , laici, rambutan , durian hehehe gurau ja yang durian tu. Ikut your creativity. Tapi macam my mom , she likes to buy yang tin buah buahan koktail yang banyak nenas tu sebab rasa nenas ni dia cakap serasi dengan rasa puding ni.. Masam masam lawan dengan manis gituuu.
Air buah tin koktail tu aku buang sebab nak elakkan manis yang keterlaluan hihi. Uolls boleh masukkan kalau nak. Pastikan masuk air tin koktail tu before letak bancuhan tepung kastard tau.
Untuk bekas, uolls boleh guna ikut kreativiti jugak. Boleh letak dalam loyang dan potong apabila dingin. Nak letak dalam cup, glass, mangkuk pun boleh. Macam aku , aku selalu tuang dalam loyang, and potong macam agar agar bila dah sejuk yumss.
Ni hasilnya bila letak cup. Sesuai untuk dijamu semasa kenduri etc
Puding ni sesuai dibuat masa majlis keramaian, kenduri kat surau rumah ke, ada tetamu nak datang rumah ke, untuk juadah berbuka puasa ke sebab ia sangat ringkas dan menjimatkan masa. Hasilnya pun sedap . Resipi ni aku olah sendiri daripada hasil aku tengok video di fb dan baca tips di blogger blogger tukang masak yang handal. Thank you so much for this ilmu and halalkan ya.
.
.
Okay, tu ja aku nak share harini.Please try it tau hihi. Diharapkan bermanfaat buat semua apa yang aku share ni. Kalau tak faham, boleh drop comment di bawah. Thank you uollss. Kecur air liuq iolls tau time tulis resipi ni hihihi #sayakuatmakan
"There is no love sincerer than the love of food"
- George Bernard Shaw, Man & Superman
Saya nk tau nutrition facts utk 1 serving
ReplyDeleteYg ko sebok nak tau nutrition facts dah kenape jemah? Lu kira sendiri lah..
ReplyDeleteSincerely, linda
Haha kann..kira lah sendiri
Delete